Kematian adalah sesuatu yang
tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang
kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah
saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu
laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti
dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup. |
Amatlah beruntung seseorang
itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah
menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. |
Tentang tanda-tanda samada seseorang
itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari
Salman Al Farisi yang bermaksud: |
"Perhatikanlah tiga perkara
kepada orang yang sudah hampir mati itu: |
Pertama: berpeluh pada pelipis
pipinya |
Kedua: berlenang air matanya
dan |
Ketiga: lubang hidungnya kembang
kempis |
Itu adalah tanda bahawa rahmat
Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya
jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan
mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia." |
(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim
dan At-Tarmizi) |
Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan
mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya.
Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu
mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya
itu. |
Dipercayai bahawa kematian berlaku
pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat
diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan
merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh
pada pelipisnya. |
Air mata yang keluar dan hidung
yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah
SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang
yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya
kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya,
Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya. |
Orang-orang yang kafir pula,
dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak
dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti
binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya
disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya. |
Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah
saw bersabda yang bermaksud: |
"Bahawa roh orang mukmin akan
ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara
roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan
mencabut nyawa seekor khimar." |
Terdapat juga orang mukmin yang
berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya. |
Oleh itu apabila rohnya keluar
dari jasad, dosanya telahpun terhapus. |
Kadang-kadang kita melihat seorang
mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan.
Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin
itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam
keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah. |
Orang kafir yang mati dalam
ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu
adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan
dibalas. |
Tetapi kerana dia tidak beriman,
kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat
kelak. |
Oleh itu, kita yang masih hidup
harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang
berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah
dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya. |
|