PERLINDUNGAN OLEH LANGIT
Dalam Al-Qur’an, Tuhan menarik
perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;
Dan Kami jadikan
langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda
(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. surah al-Anbiya;32.
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang
dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi
yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan
meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh
ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa
yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap
sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang
radio – untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting
kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam
atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam
tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra
violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar
oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan –dan yang paling
penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan
bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga
melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang
–270 darjah centigrade.
Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi
perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan
Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai
perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita.
Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan
bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya
Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil
nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan
semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur
Van Allen kepada kehidupan;
Sebenarnya,
bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem
solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet
gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang
melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud,
kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang
mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih
kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak
mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan
yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru
ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom
atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas
magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer
di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan
bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis
hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan
kepada kita dalam Al-Qur’an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai
perisai pelindung 14 abad lalu.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi ‘pembalikan’ langit;
Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.
Perkataan yang ditafsirkan sebagai ‘kitaran’ dalam penerjemahan Al-Qur’an juga bermaksud ‘menghantar balik’ atau ‘pengembalian’.
Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi ‘pengitaran’ yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.
Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.
Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.
Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur’an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur’an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.