TAZKIRAH
: 13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN
Dalam setahun, ada satu bulan
yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan
Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini
telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap
hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih
terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah
Namun
kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah
untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan
yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai
kesalahan. Antaranya:-
1.
Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup
berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak
disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada
orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan
Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab
solat adalah tiang utama agama Islam.
2.
Tidak menjaga batas-batas agama
aurat;
lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3.
Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4.
Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat
pahala berganda-ganda.
5.
Semakin cepat marah
sepatutnya
mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6.
Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut
hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7.
Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8.
Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang
menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang
menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya
digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada
Allah.
9.
Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak
menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;
Rasulullah
SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta,
maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis
riwayat Al-Bukhari)
10.
Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan
puasa Ramadhan
sepatutnya
berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
"Maka
bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak
mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan
Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya
ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
11.
Menang sorak, tarawih ala kadar
solat
secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat
cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat
membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil.
Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan
ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah
SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya;
"Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat."
(Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak
istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga
Saf
solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12.
Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.
13.
Tidak mahu bersahur
"Sahurlah
kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda
Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah
kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)