ISLAM DAN PERUBATAN

 

Buku Arabian Medicine karangan Donald Campbell menyenaraikan 25 tokoh Islam yang terkemuka dalam bidang perubatan. Al-Razi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al-Zahrawi adalah di antara beberapa tokoh ternama yang mengetuai senarai.

Secara umumnya, di antara sumbangan tokoh-tokoh perubatan Islam ialah :

 

  1. Bidang Oftalmologi.

 

# Istilah spt retina dan katarak berasal daripada bahasa Arab.

# Teori retina yang menerima cahaya dari objek untuk diterjemahkan oleh otak mengantikan teori barat yang lapuk dan salah yang mengatakan sinaran (cahaya) dikeluarkan oleh mata.

Al-Hazen Abu Ali Muhammad bin Hassan bin Al-Haytham melalui bukunya Kitab Al-Manazir membicarakan tentang kepentingan bentuk dwicembung pada kanta mata manusia. Beliau turut menyentuh tentang peranan cahaya dan pembiasannya dalam pembentukan imej yang akhirnya merintis jalan ke arah penciptaan cermin mata dan mikroskop.

Orang Arab turut mebuat penemuan tentang penyakit mata dan kaedah rawatannya spt keadaan yang dinamakan Pannus yang terdapat dalam penyakit Trakoma dan kaedah pembedahannya. Glaukoma iaitu peningkatan tekanan dalam bola mata turut mendapat perhatian dalam kajian mereka.

Phylectanular dan ‘String of pearls” pada bola mata putih juga telah diterbitkan untuk pertama kalinya. Penyunatan Konjuktiva iaitu satu kaedah pembedahan terbaru yang dikatakan telah diperkenalkan oleh Fanari, 1826, sebenarnya menghayati semula teknik yang telah diperkenalkan sebelumnya oleh beberapa orang Arab beberapa kurun dahulu.

Katarak merupakan sumbangan paling besar dalam ofalmologi praktikal. Ia disebabkan pembocoran humor ke dalam mata. Orang Parsi menamakannya sebagai ‘penurunan air’ sementara orang Latin menyebutnya sebagai ’Suffusio’. Menurut Celsus, Suffusio bersifat humor ‘Kefer inspisat’ yang berkumpul di ‘trans vacuus’ antara pupil dengan lensa yang dapat menyekat pupil. Dengan membersihkan ruang kosong itu, penglihatan dapat dipulihkan.

Pembedahan untuk Katarak ini telah diperkenalkan di zaman Babylon lagi, tetapi orang Arab mempunyai kaedahnya sendiri yang telah dipelopori oleh Ammar bin Ali. Beliau telah mencipta pembedahan sedutan di mana jarum berlekuk dimasukkan ke dalam bola mata melalui sklerotik dan lensa dikeluarkan dengan sedutan tiub kosong.

Orang Arab juga terkenal dengan beberapa kaedah pembedahan mata yang amat berjaya sepertimana yang telah dihuraikan oleh Hirsebregh dalam bukunya Das Buch Der Ausirald dan Casey Wood dengan bukunya yang bertajuk The Book of a Tenth-Century Oculist yang lengakp dengan ilustrasi.

Di antara tokoh pengarang buku yang terkenal dalam bidang Oftalmologi ialah :

  1. Halaf Al-Tulani (Mesir), pertama menulis buku berhubung denagn penyakit mata. Buku-bukunya dikarang pada 877-974M
  2. Ali bin Abbas (Parsi – meninggal 944M) telah mengarang satu kompendium perubatan tentang Oftalmologi.
  3. Abu Al-Tabari telah mengarang buku Rawatan Hippocrates yang terdiri drp 100 buah buku dan buku yang keempatnya dikhaskan dalam bidang Oftalmologi. Beliau turut mengarang buku Rawatan Mata.
  4. Abu Qassim ‘Ammar mengarang beberapa buku tentang penyakit mata
  5. Zarrin-Dast (Abu Ruh) dengan karangannya Cahaya Mata (1088) telah menadi teks standard selama beberapa kurun di Parsi.
  6. Abenquefit (988-1074M) menghasilkan buku Suatu Pertimbangan Tepat Tentang penyakit-Penyakit Indra Penglihatan
  7. Ali bin Isa telah mengarang buku Memorandum Untuk Okulis yang menjadi rujukan utama di negara Islam dan Kristian untuk beberapa kurun.
  8. Al-Razi telah berjaya menghasilkan buku Kitab Al-‘Asyr Maqalat Fi Al-“Ayan dan telah diterjemahkan ke bahasa Latin.
  9. Ibnu Rusyd dan Avenzoar menulis panjang lebar berkenaan optik
  10. Muhammad al-Ghafiki yang mengarang buku Bimbingan Ofalmologi pada kurun ke-12M
  11. Alkoati dari Teledo menghasilkan buku Liber de Okulis (1160) yang mengandungi bahan-bahan klinikal dan anatomi.
  12. Al-Samarqandi (Parsi) yang menulis buku bertajuk Anatomi Mata
  13. Salah Ad-Din (Syria) telah menulis berkenaan treatis afalmologi yang termasyhur dengan ilustrasi anatomikal dan optikalnya.
  14. Khalifah bin Abil Hassan mengarang buku yang bertajuk Percukupan Dalam Ofalmologi iaitu satu gambaran terbaik tentang ofallmologi pada akhir zaman kegemilangan Islam.
  15. Al-Sadali (abad ke-14) telah membuat suatu sistem perbandingan antara anatomi dan fisiologi mata.
  16. Al-Hazen Abu Ali Muhammad bin Hassan bin Al-Haytham melalui buku bahasa Arab berkenaan optik telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Opticae Thesaurus Al-Hazen oleh Witelo de Pole.

 

  1. Bidang Surgeri (Pembedahan)

 

Pakar-pakar Islam juga telah mencapai kejayaan yang besar dalam bidang pembedahan. Walaupun Islam amat menghormati mayat dan mengharamkan pembedahannya kecuali atas sebab-sebab yang terdesak, tidak bermakna semua penyelidikan tentang manusia akan terhalang. Misalnya Khalifah Muktasim pernah mendapat bekalan beruk jenis ‘Ape’ yang mempunyai anatomi yang hampir menyerupai manusia daripada pemerintah Nubia sekitar tahun 836M untuk tujuan penyelidikan. Ini menafikan dakwaan barat ketika itu yang mengatakan umat Islam jahil tentang anatomi manusia yang merupakan asas kejayaan ilmu penbedahan.

Abdullatif al-Baghdadi (1161-1231 M) pernah mengkaji berbagai jenis tulang rangka manusia dalam bukunya yang berjudul Improved Anatomy, turut membuktikan kedangkalan dakwaan barat tersebut.

Di antara pakar bedah Islam yang terkenal ialah Al-Zahrawi (Albucasis) yang hidup sekitar 936-1013M yang menulis buku bertajuk Al-Tasrif dan Ibnu Al-Quff (1233-1286M) yang mengarang buku The Authority on Surgery atau Kitab Al-Umbda. Mereka telah menggunakan beberapa alat sugeri rekaan sendiri dan telah membuat deskripsi ilmu pembedahan yang begitu detail dan teliti sehinggakan karya-karya mereka dijadikan buku teks utama untuk beberapa abad di Eropah.

Jenis-jenis pembedahan adalah dari sekecil-kecil pembedahan hinggalah pembedahan kecemasan yang melibatkan nyawa seperti Trakeostomi dan Amputasi.

Ringkasnya, teknik-teknik pembedahan yang telah diamalkan oleh pakar bedah Islam dahlu adalah seperti berikut ;

 

                1.   Kauteri

 

Kauteri ialah proses memusnahkan tisu-tisu yang berpenyakit dengan cara membakarnya dengan besi panas ataupun dengan kimia kaustik. Ia juga digunakan oleh pakar bedah untuk menghentikan pendarahan pembuluh-pembuluh kecil semasa pembedahan.

Ia turut digunakan untuk membuang tisu berkanser, ketuat, buasir dan menyembuh fistula iaitu liang abnormal yang telah menembusi kulit. Terdapat sekurang-kurangnya 56 penyakit yang telah dirawat menggunakan Kauteri termasuk beberapa penyakit jiwa spt melankolia yang mungkin ada persamaannya dengan teknik moden dengan terapi elektrokonvulsif.