KEHEBATAN BESI
Ahli astronomi moden berpendapat berpendapat bahawa besi berasal dari luar sistem suria (extra-terrestia) dan bukannya berasal dari perut bumi. Mereka berpendapat ia datang melalui meteorite (batu dari angkasa) yang jatuh ke bumi sejak dahulukala lagi. Menurut mereka lagi, adalah mustahil besi berasal dari bumi kerana tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan satu atom besi lebih kurang 4 kali lebih banyak daripada tenaga dalam sistem suria ini.
Besi adalah satu unsur yang
disebutkan dalam Al-Qur’an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita
dikhabarkan;
....Dan
Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan ‘diturunkan’ khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di
atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa
besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita
mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud ‘secara
fizikal diturunkan dari luar angkasa’, kita menyedari bahawa ayat ini
menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi
yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid
bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai
untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang
lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah.
Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini
tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang
dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Sebagai satu hasil dari letupan ini,
meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka
bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu
jasad di cakerawala.
Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi,
tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor,
dan telah ‘diturunkan ke dalam bumi’. Dalam cara yang persis dengan
apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat
diketahui secara saintifik dalam abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan.
Di samping itu, nilai perkataan besi dalam bahasa Arab 'Al-Hadid' ialah 57. Jumlah ini adalah sama dengan nombor surah Al-Hadid iaitu surah nombor 57. Satu keajaiban...
Nilai perkataan Hadid (besi) ialah 26. Nilai ini adalah sama dengan nombor atom bagi besi (ferum) iaitu 26.