DAKWAAN-DAKWAAN SEBAGAI AL-MAHDI
Hadits-hadits Rasulullah SAW tidak menerangkan secara jelas siapakah
sebenarnya Al-Mahdi, maka ramai yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang
dinanti-nantikan itu.
Dikatakan bahawa orang yang pertama sekali mendakwa dirinya sebagai AI-Mahdi
Muntadzar ialah Al-Harits bin Suraij pada
128 H. Dakwaan dirinya sebagai AI-Mahdi untuk mendapatkan sokongan dalam gerakannya
menentang pemerintahan Bani Umaiyah.
Pada tahun 1166 H, muncul seorang Syiah di Ahsaai (Arab
Saudi) bernama Syeikh Ahmad Ahsaai
menyebarkan ajaran-ajaran batiniyah. Syeikh Ahmad Ahasaai adalah penganut mazhab Syiah
Ithna Asyariah pada asalnya, tetapi ia banyak bertentangan dalam
perkaraperkara yang terdapat di dalam mazhab tersebut. Di antaranya ia membantah
kepercayaan golongan Syiah tentang Al-Mahdi yang ghaib dan akan muncul di suatu masa
yang ditetapkan.
Ia menjelaskan bahawa Al-Mahdi belum lahir dan sedang berada di alam
rohani. Pendapatnya itu telah menimbulkan kemarahan di kalaangan golongan Syiah. (Al-Islam
Fi Qarnil Isynin m.s 133)
Selepas
kematian Syeikh Ahmad Ahasaai (12 Zulkaedah 1242H) penggantinya bernama Kazim
Ar-Rasyti meneruskan lagi ajaran-ajarannya. Kazim Ar-Rasyti lahir pada tahun
1205 Hijrah. Di mana-mana sahaja ia menyampaikan ajaran-ajaran gurunya, ia menyebut
tentang kelahiran Al-Mahdi yang semakin hampir. Sungguhpun demikian, sehingga ia meninggal
dunia Al-Mahdi yang diperkatakannya itu tidak juga muncul-muncul. Selepas kematian Kazim
Ar-Rasyti, tempatnya itu diganti oleh Ali Muhammad
Al-Bab. Ali Muhammad Al- Bab mendakwa dirinya sebagai wakil Al-Mahdi.
Para pengikutnya digelar sebagai kumpulan Babiyah iaitu salah
satu drp cabang agama Bahai. Apabila pengaruhnya semakin meluas, akhirnya Ali Muhammad
Al-Bab mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi.
Ali Muhammad
Al-Bab seterusnya mecetuskan pemberontakan dan di samping itu menyebarkan beberapa amalan
yang ternyata terkeluar drp Islam. Di antaranya ia mengatakan bahawa syariat yang
dibawanya itu memansuhkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Syariat
yang dibawanya juga tidak mewajibkan sembahyang dan juga berpuasa, dan kalaupun
dilaksanakan mengikut bentuk yang diajarkan olehnya. Kiblat sembahyang tidak lagi
menghadap ke Kabah, tetapi menghadap ke arah tempat Ali Muhammad Al-Bab berada
kerana dianggap dirinya sebagai tempat penjelmaan roh Allah.
Ali
Muhammad Al-Bab juga mentawilkan nas-nas Al-Quran mengikut tawil
batiniyah dengan memutar-belitkan pengertiannya yang sebenar agar sesuai dengan kehendak
hawa nafsunya.
Para ulama di Iran mengecam hebat segala dakwaan Ali Muhammad Al-Bab
serta ajaran-ajaran yang dibawanya sehingga mereka menghukumnya sebagai murtad dan halal
darahnya untuk dibunuh. Akhirnya pemerintah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada 28
Syaban 1266 Hijrah. Setelah kematiannya, terjadilah perpecahan yang hebat di
kalangan para pengikut agama Bahai.
Kerajaan
Muwahhidin di Afrika Utara juga mempunyai seorang pemimpin yang mendakwa sebagai Al-Mahdi.
Beliau ialah Muhaunmad bin Tumart yang lahir
di antara tahun 470- 480 Hijrah. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
menyebut di dalam kitabnya Al-Mananil Munif Fl Sahihi Wad Dhaif bahawa
Muhammad bin Tumurt adalah seorang pendusta bersikap kejam, berkuasa menggunakan kekerasan
dan penipuan, membunuh orang Muslimin dan lebih banyak mengancam agama lebih dari Hajjaj
bin Yusuf. Ia memaksa orang-orang Islam memasuki kubur-kubur dan kemudian
bersuara dari kubur-kubur itu mengatakan bahawa Muhammad bin Tumart adalah AI-Mahdi yang
masum. Setelah itu orang-orang tersebut ditimbus hidup-hidup.
Ibnu Subki telah
menulis riwayat hidup Muhammad bin Tumart di dalam kitabnya Tabaqatus Syafieyah
jilid 4 m.s 71-74. Beliau menerangkan bahawa Muhammad bin Tumart pada asalnya adalah
seorang yang soleh, zahid, amat bersungguh-sungguh melakukan amar maruf dan nahi
munkar, banyak beribadah, bersifat berani, berjiwa besar dan tabah, petah berbicara, tahan
menderita, alim dalam ilmu feqah menurut mazhab Syafie dan tidak suka melihat perbuatan
yang munkar. Tetapi sikapnya itu tidak disukai oleh kebanyakan orang di tempatnya. Ia
selalu diusir dari tempat kediamannya dan kalau ia khuatir akan dibunuh, ia akan
berpura-pura seperti orang gila.
Setelah kembali ke tanah airnya di Maghribi, ia giat menjalankan usaha-usaha
dakwah sehingga mendapat tentangan drp pihak pemerintah. Namun demikian ia tetap
meneruskan usahanya itu bersama para pengikutnya yang lain. Dalam masalah keimanan
Muhammad bin Tumart mengembangkan aqidah AhIi Sunnah Wal Jamaah mazhab Imam
Abul Hassan Al- Ashaari. Para pengikutnya mendapat gelaran Muwahhidin
iaitu kaum yang mengesakan Tuhan. Muhammad bin Tumart memerintahkan para pengikutnya
mengembangkan ajaran Islam dan menyebut tentang kedatangan Al-Mahdi. Apabila pengaruhnya
bertambah luas, pada 515H ia mengaku dirinya sebagai AlMahdi.
Di samping itu
seorang mulhid bernama Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah
juga mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Datuknya beragama Yahudi dan Ia sendiri berasal drp
keluarga beragama Majusi. Dalam banyak hal Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah banyak
melakukan pendustaan kepada umat Islam. Umpamanya ia mengaku dirinya bernasab kepada ahli
bait Rasulullah SAW dan seterusnya mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi. Selepas kematiannya,
perjuangannya itu disambung oleh keturunannya sehingga mereka berjaya menakluki Moroco,
Mesir, Hijaz dan Syam.
Keturunan
Ubaidullah bin Maimun Al-Qaddah telah menyebarkan ajaran-ajaran yang bertentangan sama
sekali dengan ajaran Islam dan mereka mengaku mempunyai kuasa ketuhanan. Mereka mendakwa
bahawa syariat Islam di samping mempunyai pengertian yang zahir, juga mempunyai
pengertian yang bathin. Tetapi pengertian bathin yang mereka kemukakan bertentangan sama
sekali dengan nas Al-Quran. Akhirnya golongan ini terhapus dengan kemunculan
Salehuddin Al-Ayubi yang menumpaskan sama-sekali golongan ini.
Di
zaman pemerintahan Sultan Fairuz Syah Tughluq di India
(752-798H), seorang lelaki bernama Ruknuddin
telah mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang zahir di akhir zaman. Dia mendakwa mengetahui
nama semua benda yang tidak pernah diberitahukan oleh Allah SWT kepada sebarang Nabi atau
Rasul. Akhirnya Ruknuddin mengaku dirinya sebagai Nabi dan pesuruh Allah SWT berdasarkan
nama sendiri Ruknuddin yang bererti tiang agama.
Memandangkan
keterlanjuran Ruknuddin itu, para ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa Ruknuddin adalah
seorang kafir dan halal darahnya. Berdasarkan kepada fatwa tersebut, Sultan Fairuz Syah
Tughluq memerintahkan Ruknuddin serta pengikut-pengikutnya ditangkap dan dihukum pancung.
Pada
abad ke 10H, muncul di India seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Lelaki
tersebut ialah Sayid Muhammad Jaunpur dan Ia
telah mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi sebanyak tiga kali. Kali yang pertama ialah pada
tahun 900H di Makkah dan kali keduanya pada tahun 905H di Ahmadabad, India. Kali yang
ketiganya ialah di Barhli, India pada tahun 905H.
Menurut
Syeikh Muhammad Al-Barzanji, pengakuan Sayid Muhammad Jaunpur sebagai Al-Mahdi tersiar
luas dan banyak penduduk yang menjadi pengikutnya. Selanjutnya beliau menerangkan, bahawa
ulama-ulama dan orang-orang yang datang dari India menerangkan kepadanya bahawa para
pengikut Sayid Muhammad Jaunpur amat kuat mempertahankan keyakinan mereka. Golongan mereka
terkenal dengan nama Mahdawi dan para pengikutnya masih terdapat di India
dan Pakistan sehingga hari ini. Selain itu golongan mereka jugs disebut sebagai Al-Qattaliyah.
Sesiapa
yang menyalahkan pendirian mereka akan dibunuh walaupun Ia sedang berada di hadapan orang
ramai. Golongan ini juga mempunyai kepercayaan lain yang dianggap bidah menurut
Islam. Riwayat ini ada tersebut dalam kitab Al-Izaah Lima Kana
WamaYakunu Baina Yadaihissaah karangan Sayid Muhammad Siddiq Hassan.
Ada
keterangan yang menyebut bahawa Sayid Muhammad Jaunpur tidak pernah mengaku menyebarkan
ajaran agama baru, tetapi apa yang didakwanya ialah dirinya sebagai Al-Mahdi yang
ditugaskan oleh Allah SWT untuk menyemarakkan semula api keimanan yang semakin pudar di
kalangan umat Islam. Di samping itu para pengkaji sejarah menyebut Sayid Muhammad Jaunpur
sebagai orang yang pertama sekali melancarkan dakwah yang tulin di India tanpa sedikit pun
terlibat dalam hal politik.
Pada abad
13 hingga menjelang abad ke 14H, muncul seorang lelaki di India mendakwa dirinya sebagai
Al-Mahdi. Lelaki tersebut ialah Mirza Ghulam Ahmad
yang menjadi pengasas agama Qadiani atau Ahmadiah.
Mirza Ghulam Ahmad di samping mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi, juga mendakwa dirinya
sebagai khatamul auliya (penutup wali-wali) sebagaimana Rasulullah SAW sebagai
khatamul anbiya.
Mirza Ghulam
Ahmad dikatakan lahir di Punjab, India pada tahun 1248H dan Ia telah mempelajari agama
dari beberapa orang ulama ahIi sunnah dan juga ulama Syiah. Agama Qadiani
yang dibawanya itu adalah atas perancangan pihak penjajah lnggeris untuk menyekat
kebangkitan umat Islam di India. Di mana di antara ajaran yang terdapat di dalam agama
Qadiani ialah memansukhkan persoalan jihad. Ia juga selalu menyebut-nyebut kebaikan
pihak penjajah Inggeris di dalam kitab-kitabnya yang banyak. Di antaranya ia mengatakan. Maka
mulailah aku menolong kerajaan Inggeris itu dengan penaku dan tanganku dan adalah Allah
SWT sentiasa menolong aku dan aku berjanji kepada Allah dari masa itu, bahawa tiap-tiap
kitab besar yang akan ku karang, tentu aku sebut kebaikan dan budi Maharani India yang
wajib kaum Muslimin mengucapkau terima kasih. (tersebut dalam Nurul Haq
karangan Mirza Ghulam Ahmad m.s 26)
Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada tahun 1307H. Oleh
kerana dia bukan keturunan Rasulullah SAW, Ialu ia pun mendakwa bahawa AI-Mahdi itu
bukannya drp keturunan Quraisy. Ia menyebut bahawa kemunculan Al-Mahdi itu lebih kurang 14
abad selepas kelahiran Rasulullah SAW kononnya sama seperti munculnya Nabi Isa AS
14 abad selepas kemunculan Nabi Musa AS.
Beliau mati
pada tahun 1326 Hijrah, tetapi segala ajaran-ajaran sesat yang dibawanya sehingga ke hari
ini masih tersebar secara meluas di seluruh dunia. Hampir seluruh para ulama Islam
menghukumkan bahawa para pengikut agama Qadiani adalah kafir dan terkeluar drp agama
Islam.
Di
Sudan, pemberontakan menentang penjajah lnggeris diketuai oleh seorang ulama bernama
Muhammad Ahmad AI-Mahdi. Pemberontakan itu dikenali sebagai pemberontakan Mahdiah
mengambil sempena drp gelaran pemimpinnya yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi pada
tahun 1881.
Muhammad
Ahmad Al-Mahdi adalah seorang yang soleh dan wara dan ia hidup sebagai seorang sufi.
Ia sendiri adalah pemimpin tariqat Samaniyah yang terkenal serta
mempunyai banyak pengikut yang sanggup berjuang bersama-samanya. Ia menggelarkan para
pengikutnya sebagai kaum Ansar. Para pengikutnya rnemakai jubah yang bertampal-tampal
sebagai lambang kemiskinan dan persamaan taraf di kalangan mereka. Gerakan ini dikenali
juga sebagai tariqat Mahdiah sehingga kini masih tersebar luas
dan mempunyai ramai pengikut-pengikutnya Sudan.
Dalam
serangannya terhadap penjajah Inggeris, Muhammad Ahmad Al-Mahdi serta pengikut-pengikutnya
menyeberang sungai Nil untuk menyerang Khortoum. Mereka menyerang sejam sebelum masuk
waktu Subuh. Beberapa jam kemudian pihak Inggeris dapat dikalahkan dan Jeneral Inggeris di
Sudan, Jeneral George Gordon dibunuh dengan satu tikaman lembing di atas tangga
kediamannya. Empat hari selepas itu, Muhammad Ahmad Al-Mahdi memasuki bandar Khortoum dan
menjadi imam Jumaat di masjid di situ.
Setengah
pihak berpendapat bahawa dakwaan Muhammad Ahmad Al-Mahdi sebagai Al-Mahdi yang
ditunggu-tunggu adalah untuk mendapatkan lebih banyak sokongan drp kalangan rakyat untuk
menentang penjajah Inggeris.
Di Afrika
Utara pula, pada tahun 800H di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Yaakob, seorang Ielaki
drp kalangan ahli tasawuf dikenali sebagai Tuwaizuri
telah mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Ramai penduduk Morocco menjadi
pengikut-pengikutnya dan ini amat rnembimbangkan pihak kerajaan. Apabila gerakan dan
pengaruhnya semakin meluas, para pemimpin kaum merasa bimbang mengenai kedudukan mereka
lantas merancang pembunuhan ke atasnya. Dengan kematiannya, gerakannya turut lumpuh dan
musnah.
Pada tahun 790-an
Hijrah, seorang lelaki bernama Al-Abbas telah
muncul dan mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi dengan mempunyai ramai pengikut. Ia serta
pengikut-pengikutnya telah melancarkan serangan ke atas bandar Fez di Morocco dan membakar
gudang-gudang perniagaan. Tetapi dia kemudiannya telah dibunuh dan gerakannya dapat
dipatahkan.
Golongan Qaramithah yang
sesat juga mendakwa pemimpin mereka sebagai Al-Mahdi. Qaramithah merupakan satu gerakan
kebatinan rahsia beragama Majusi menyamar ke dalam Islam dan termasuk cabang drp
Syiah Ismailliyah. Salah seorang di antara pemimpin mereka yang terkemuka ialah Hamdan Qaramith.
Gerakan ini mula lahirdi Kufah pada tahun 278H di zaman pemerintahan khalifah
Al-Mutamid. Tujuan utama ianya diwujudkan adalah untuk menghancurkan
Islam dan ajaran ajarannya banyak yang ternyata menyeleweng drp Islam. Ayat-ayat
Al-Quran dan hadits-hadits Rasulullah SAW sengaja ditafsir sewenang-wenangnya untuk
kepentingan hawa nafsu mereka sendiri.
Pada
tahun 317H seorang leIaki drp golongan Qaramithah bernama Abu
Thahir AI-Janabi telah datang ke Makkah bersama-sama 900 orang pengikutnya
kononnya untuk menunai fardhu haji. Tetapi apabila tiba di Makkah, mereka telah
menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan pertumpahan darah. Di sini Abu Thahir Al-Janabi
mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi yang disebut oleh Rasulullah SAW. Ia berserta para
pengikutnya menceroboh masuk ke Baitul Haram, merobohkan pintu Kabah, menurunkan
Hajar Aswad, melucutkan kain yang menudungi Kabah dan menguasai kota Makkah
selama enam hari dengan melakukan berbagai kezaliman. Seramai 30,000 orang jemaah haji dan
penduduk Makkah terbunuh dalam peristiwa tersebut.
Selepas itu, Abu Thahir Al-Janabi serta pengikut-pengikutnya
meninggalkan kota Makkah dengan membawa Hajar Aswad, pintu Kaabah, kain selubung
Kabah dsb. Dalam perjalanan pulang, mereka telah diserang hendap oleh suku Huzail di
kawasan pergunungan. Tetapi Abu Thahir Al-Janabi berjaya melepaskan diri bersama harta
rampasan yang lain, Hajar Aswad yang dirampasnya itu diletakkan di Kabah baru yang
dibinanya sendiri untuk kegunaan golongan Qaramithah di Quthaif. Tetapi selepas kematian
Abu Thahir Al-Janabi, Hajar Aswad telah dikembalikan semula ke Kabah yang asal.
Golongan Syiah
Al-Imamiah mengatakan bahawa Al-Mahdi itu ialah Muhammad
bin Hassan AI-Askari keturunan Zainal Abidin anak Hussin bin Ali.
Dikatakan bahawa beliau pada suatu hari
masuk ke dalam gua di bawah rumahnya bersama-sama ibunya di Samira. Menurut
keyakinan mereka, Muhammad bin Hassan Al-Askari adalah Al-Mahdi Muntadzar. Sementara itu
golongan Syiah Kaisaniyah pula menganggap Muhammad bin Hanafiah sebagai Al-Mahdi.