Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila
masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka
tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan
tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan
balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah
ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat
izin danpada suaminya.
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan
dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib
diganti pada tahun hadapan.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat
bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi
kepada dua, iaitu:
a) miqat makani;
b) miqat zamani.
Miqat makani bagi
ibadat haji ialah:
b) jemaah
haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c) bagi
jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @
Bi’ru Ali (450km dari Makkah)
d) bagi
jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi
jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol ialah di Juhfah.(187km
dari Makkah)
f)
bagi jemaah haji yang datang dari Iraq
ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
Antara
hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:
a) supaya kita
memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum
melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Wukuf di Arafah
Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
3. Tawaf di Baitullah
Tawaf bermaksud mengelilingi BaitullahilHaram sebanyak tujuh
pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy
Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaranNya.
Tawaf terbahagi
kepada empat jenis, iaitu:
(a)
Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat
Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;
(b)
Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf
Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;
(c)
Tawaf Widak, iaitu Tawaf Selamat Tinggal
bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;
(d)
Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji
menziarahi Masjidil-Haram.
(b) suci
drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa
mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(d) tawaf
di dlm masjid dan di luar Kaabah
(e) bermula dari sudut Hajar Aswad.
4. Saie
Berjalan (berlari
anak) dari Safa ke Marwah
Syarat-syarat Saie ;
a) Dilakukan
selepas Tawaf Rukun/Qudum
b) Bermula
di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c) Cukup
7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke Safa
d) Hendaklah
sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e) Hendaklah
Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain
5. Bercukur
Mengunting
sekurang-kurangnya 3 helai rambut
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah.
6. Tertib
Rukun-rukun haji
hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi
orang yang melakukan tahalul awal.
Perkara wajib haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang
ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana
tidak berniat di Miqat.
2. Bermalam di
Muzdalifah
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika
pada waktu yang
3. Melontar Jamrah
Al-Aqabah
4. Bermalam di Mina
5. Melontar
ketiga-tiga jamrah
Syarat-syarat melontar
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah
AlUla, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6. Meninggalkan
perkara-perkara yang haram semasa ihram:
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan
makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu
syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan
atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam
ihram adalah tidak sah.)
Perkara-perkara
sunat haji
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibra a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.
Perkara
yang membatalkan haji
1.
Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
1. Niat ihram
seperti:
Sahaja aku
mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
2. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
3. Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari
Safa ke Marwah
1. Niat umrah di miqat.
2. Meninggalkan segala larangan semasa
ihram.
1. Tahalul ialah
keluar dari ihram haji atau umrah.
2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2 daripada
perkara-perkara berikut ;
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
a) menjadi
wali @ bernikah
b) bercumbuan
c) berjimak
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina dengan
niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:
(a)
Nafar Awal
(b) Nafar Thani.
4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;
(a) keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan
sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah;
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.
6. Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;
(a) menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan
ibadat haji dengan cepat;
(b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji
yang mempunyai urusan lain
(c) memberi peluang kepada jemaah haji
memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu
HAJI IFRAD
Haji Ifrad iaitu
mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian
mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji
secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang
ditetapkan kemudian menyebut:
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat
Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku. Lantas bertalbiah.
Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram di
mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA
ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf
Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari
anak pada tiga pusingan pertama. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi
Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai
melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh
pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah
dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang Subuh hari
Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan sembahyang
Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji
mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan
Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah
(beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya
lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur
atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara
yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh). Setelah itu
jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah
sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan
Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta
dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada
di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang
tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah
Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'.
HAJI TAMATTU':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji,
kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah
Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk
mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia
hendaklah menyebut:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu
perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat
dari miqat yang ditetapkan dengan berkata:
DAM (DENDA)
Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;
a)
melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
b) meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
Jenis-jenis
Dam
1. Dam Tertib dan Ta'dil -
Kesalahannya ;
Persetubuhan yang merosakkan haji
Denda
a)
hendaklah menyembelih seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan
kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli
dgn nilai seekor unta
Kesalahannya ;
Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya, atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.
Denda
Hendaklah
dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan
disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang
dapat dibeli dgn nilai seekor kambing
2. Dam Tertib dan Taqdir - iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lain kecuali tidak terdaya melakukannya.
Kesalahannya
;
a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji
Denda
a)
menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam
3. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.
Kesalahannya ;
a)
memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram
Denda
Denda
berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang
bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a)
menyembelih seekor binatang bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir
miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan
itu tadi.
4. Dam Takhyir dan Taqdir
Kesalahannya ;
a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika
ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.
Denda
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari
CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS
Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ;
Pertama
Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.
Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.
Kedua
Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.
Ketiga
Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.