Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari
Telah disampaikan kepada kami
lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia
pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin
Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir
berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah
saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”Fathimah
berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,”Tentu,
sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia
termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada
permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku
dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabatRasulullah saw.
Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya,
Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw
bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka
ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan
Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw
bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya
dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan
disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau
bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang
wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju
tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi,
pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki
dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika
masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah
saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama
Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu.
Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau
bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya.’Selanjutnya
beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?
Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau
bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan
kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah
kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at
masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan
kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku
sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.
Dia
menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari
Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka
berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka dudukduduk
di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi
seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana
bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka
berkata,
“Celaka
kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku
adalah mata-mata.’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata
apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai
kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan
berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.
Selanjutnya
dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di
dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai
yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara
hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?
Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku,
siapakah kamu ini ?
Mereka
menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam
gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami
berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat
sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami
bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.”
“Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia
sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka
kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak
tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan
kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan
ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama
dan merupakan salah satu kota di Palestin.)
Tentang
apanya yang engkau nak tanyakan?”
“Aku
bertanya kepada kamu apakah kurma
berbuah?”
“Sesungguhnya
pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’
Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan
kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”
(Tasik
Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam
batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin
berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik
Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau
nak tanyakanT’
“Apakah tasik itu masih
berair ?
‘Ya Tasik ilu masih banyak
airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata,
“Beritahukan kepadaku tentang
mata air Zughar!”
(Mata
air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab
memenanginya?”
Ya”
“Bagaimana caranya dia
memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab
terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?” “Ya”
‘lebih
baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai
diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan
keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung
melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah).
Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu,
aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap
celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata, “Sambil
memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah
Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada
kamu?”
o r
a n g r a m a i menjawab :"Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sosungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”
Kemudian
Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu.
Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat
sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah
peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya
digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah
perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun
yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.