Anas bin Malik r.a mengatakan : "Bahawasanya bumi
setiap hari memanggil dengan 10 seruan. Bumi berkata :
1. Wahai anak cucu Adam, kamu
berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu dalam perutku.
2. Kamu melakukan maksiat di
atas punggungku, kamu akan disiksa dalam perutku.
3. Kamu bergurau di atas lambungku,
tetapi kamu menangis dalam perutku.
4. Kamu makan barang haram di
atas punggungku, tetapi seluruh ulat akan memakan dalam perutku.
5. Kamu bergembira di atas punggungku,
tapi kamu akan merasa susah dalam perutku.
6. Kamu mengumpul barang haram
di atas punggungku, tapi kamu akan hancur dalam perutku.
7. Kamu sombong di atas punggungku,
tetapi kamu menjadi hina dan remeh dalam perutku.
8. Kamu berjalan dengan bersukaria
di atas punggungku, tetapi kamu kesedihan dalam perutku.
9. Kamu berjalan dalam cahaya
di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan dalam perutku.
10. Kamu berjalan untuk berjamaah
di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk bersendirian dalam perutku.
Menurut satu hadith, bahawa kubur itu setiap hari
memanggil 3 kali :
1. Aku menjadi rumah orang yang
tersendiri, binatang buas, kala dan ular.
2. Aku menjadi rumah yang gelap.
3. Aku menjadi rumah ulat.
Dalam riwayat lain bahawa kubur itu setiap hari memanggil 5 kali :
1. Aku rumah yang terpencil,
maka hendaklah kamu ramaikan aku dengan membaca al-Quran
2. Aku rumah yang gelap, maka
terangilah aku dengan solat malam
3. Aku rumah debu, maka bawalah
tikar yang berupa amal salih
4. Aku rumah ular, bawalah penawarnya
iaitu Bismillahir Rahmanir Rahim dan mencucurkan airmata.
5. Aku rumah pertanyaan Mungkar
dan Nakir, maka perbanyakkan bacaan LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH
agar
kamu dapat
menjawabnya.