Make your own free website on Tripod.com


KHULUK


       Pengertian khuluk

  1.    Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran)
         kepada suami. 
         Cara ini juga dipanggil  tebus talak.  

2.    Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

        3.    Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk
               mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

            Maksudnya:   
             
Tidak halal bagi kamu mengambil apa­apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
              juapun kecuali jika takut keduanya bahawa tiada alcan menurut peraturan Allah. Jika kamu 
              takut bahawa tiada akan men urut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya 
              tentang barang yang jadi tebusan perempuan itu. Al-Baqarah : 229

   Rukun Khuluk

   1. Suami
   2. Isteri
   3. Bayaran yg dipersetujui
   4. Lafaz

 Cara Khuluk (tebus talak).

   1.   Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.  

2.   Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.

  3.   Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau
        dengan bayaran tersebut”.

  4.   Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga  
       seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.

  5.   Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan
        khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.

  6.   Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.  

   7.  Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas
        kehendak isteri tersebut.

Hikmah Khuluk

   1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.

   2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut
       peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.

   3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri 
       demi kebaikan masa depan.