KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MAlAYSIA

oleh

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

 

LATAR BELAKANG SEJARAH

 

Raja dan rakyat negerl Melaka mula memeluk agama Islam pada awal abad ke-15 Masihi. Bukti-bukti sejarah seperti penerapan idea-idea Islam dalam kehidupan mereka, agama Islam yang sangat dikenali rapat di kalangan masyarakat Melayu di Melaka serta orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dianggap masuk Melayu', jelas menunjukkan bahawa Islam telah bertapak kukuh sejak awal-awal lagi di Tanah Melayu.

Tun Salleh Abas (sila lihat :Tun Salleh Abas 1986. "Traditional Elements of the Malaysian Constituiion dlm Mohamed Sufflan, H.P. Lee &Trindade (ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala Lumpur: Oxford University Press) telah menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan dan India Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan. Orang-orang Melayu telah berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan Belanda deini melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam. Manakala kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.

Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik tolak peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan peinimpin-peinimpin Melayu menghendaki peinimpin Melayu menerima seorang penasihat Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu diininta dan diikuti dalam semua hal pentadbiran kecua]i perkara-perkara yang menyentuh agama dan adat resam orang-orang Melayu.

Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh peinimpin-peinimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir abad kesembilan belas kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat Inggeris ini.

Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu, Perlembagaan Johor tahun 1895, telah menampakkan ciri-ciri keislaman. Satu peruntukan dalam perlembagaan tersebut menyebut bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa Melayu, berketurunan diraja Johor dan beragama Islam. Perkara LVII perlembagaan itu menyebut bahawa agama Islam hendaklah sentiasa dan sepanjang masa menjadi agama negeri Johor.

Perlembagaan negeri Terengganu tahun 1911 juga bercirikan agama Islam. Satu daripada peruntukannya menghendaki bahawa raja negeri Terengganu seorang beragama Islam, berbangsa Melayu berketurunan diraja Terengganu. Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama negeri dan tiada agama lain yang boleh dijadikan agama rasini negeri Terengganu.

Salah satu sebab berlaku penentangan terhadap penubuhan Malayan Union 1946 ialah kesan buruk terhadap kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal terutama sekali terhadap raja-raja sebagai ketua agama Islam di setiap negeri.

Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menyediakan satu draf Perlembagaan Malaya yang merdeka pada awalnya tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Salah seorang anggotanya dan Pakistan, Hakim Abdul Hainid berpendapat bahawa satu peruntukan sebegitu rupa perlu diadakan. Draf terakhir yang dipersetujui tidak meinihak kepada mana-mana pendapat majoriti ataupun ininoriti. Tidak juga disebut bahawa negara ini sebuah negara sekular (sila lihat Ahmad Ibrahim 1987. "Islam and the Constitution . Kertas kerja persidangan "The Malaysian Constitution After 30 years . Fakuiti Undang-undang Universiti Malaya). Ini sama seperti apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari ini iaitu peruntukan Perkara 3 (I) yang menyebut bahawa;

Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

 

KESAN PERUNTUKAN PERKARA 3

 

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah faham ten tang tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan bahawa setiap upacara rasini di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka. Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa orang-orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam.

Perkara 3 secara nyata memberi jaininan kepada orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan agama' merangkuini bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam'. Islam bukan sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkuini semua aspek termasuklah undang-undang.

Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia maka beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:

Perkara 160 memberi definisi Melayu' sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abas Melayu' dan Islam' adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja.

Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong beliau mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi' yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan).

Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Is1am mereka mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu' dan Islam' ialah dua entiti yang tidak holeh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.

Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri mempunyai peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,

Kepaia Utama Negara bagi Persekutuan yang mengambii keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan ...

(Perkara 32 fasal 1 Perlembagaan)

Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu'.

Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989. "ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1

Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam bidangkuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk.

Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu.

 

Sejauh Manakah Islam sebagai Agama Persekutuan Diamalkan dan Dilindungi

 

Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan, Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya .

Perkara 11 fasal (4) memperuntukkan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di kalangan orang Islam. Inisalnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam; menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam; dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.(sila lihat Non-Islam Religious (control of Propogation among Muslims) Enactment, 1988, Selangor (No. 1 of 1988) lih. seksyen 4, 5, 6, dan 8.

 

Perkara 13 fasal (2) memperuntukkan;

Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeni menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.

Untuk tujuan ini seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta Pendidikan 1961 menghendaki sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan dan mengajar pelajaran pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar-pelajar yang layak mempelajarinya tidak kurang daripada 15 orang.

Undang-undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidangkuasa Dewan Undangan Negeri. Namun begitu perkara dalam bidangkuasa mereka sangatlah terhad. Antaranya ialah dalam hal ehwal keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain (lihat Senarai II, Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan). Bidangkuasa jenayah hanyalah merangkuini kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam; kecuali tentang perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan (di mana Parlimen mempunyai bidangkuasa). Apa yang nyata ialah bidangkuasa ini hanya ke atas orang-orang Islam dan tidak termasuk semua aspek perundangan.

 

Pandangan Mahkamah terhadap Undang-imdang Islam

Mahkamah di zaman penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asal di Tanah Melayu. Inisalnya dalam kes Ramah lwn Laton ((1927)6 FMSLR 128. Mahkamah menyebut undang-undang Mohammedan tetapi perkataan yang tepat ialah undang-undang Islam atau Syariah. Keputusan kes ini telah disokong dan diikuti oleh kes-kes Fatimah lwn Haji lsmail (1939] MU 134 dan Tengku Mariam (1969), MU 110) telah diputuskan bahawa undang-undang Mohammedan bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Islam.

Keputusan mahkamah yang terbaru memberi pandangan yang berbeza. Dalam kes Che Omar bin Chee Soh lwn Pendakwaraya ((1988) 2 MU 55 (Mahkamah Agong) dua orang telah merayu bahawa hukuman mati di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah dan di bawah Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) kerana meiniliki senjata api adalah batal kerana ia bertentangan dengan undang-undang Islam. Ini kerana kesalahan ini tidak termasuk dalam kategori hudud atau qisas dan oleh itu bertentangan dengan undang-undang Islam dan menyalahi perlembagaan.

Mahkamah Agong dalam keputusan mereka menerima bahawa Islam di bawah Perkara 3 ialah agama Persekutuan dan bukan sahaja terdiri daripada upacara dan ibadat sahaja' tetapi ia juga satu cara hidup yang sempurna merangkuini semua bidang kegiatan manusia sama ada persendirian, umum, perundangan, politik, sosio-kebudayaan, moral atau kehakiman. Menurut YAH Tun Salleh Abas, ini bukanlah yang dimaksudkan oleh mereka yang merangka perlembagaan. Mereka berpendapat Islam hanyalah merangkuini aspek kehidupan yang sempit iaitu undang-undang mengenai perkahwinan, perceraian dan harta pusaka sahaja. Jika niat dan pendapat mereka seperti apa yang kita faham dan inginkan maka sudah tentu satu peruntukkan khas telah dimasukkan di dalam perlembagaan yang memperuntukkan bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka undang-undang itu batal. Pihak merayu juga mengatakan bahawa undang-undang Islam telah lama wujud sebelum merdeka dan dengan itu mana-mana undang-undang am di Malaysia mestilah mengikut dan selaras dengan undang-undang Islam. Mahkamah menolak cadangan ini dan menegaskan ia bercanggah dengan perlembagaan dan sejarah perundangan persekutuan dan juga akta undang-undang sivil yang memperuntukkan penerimaan undang-undang Inggeris ke negara ini.

 

Profesor Ahmad Ibrahim dalam komen beliau tenting kes ini menyebut,

"Apa yang rnenyedihkan ialah Mahkamah Agong nampaknya bersedia menerima hujah bahawa perkataan Islam' yang terdapat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan hendaklah difahamkan sebagai meliputi hanya perkara-perkara yang berhubung dengan upacara dan istiadat agama sahaja. Telah dikatakan bahawa inilah makna yang dimaksudkan oleh pihak yang merangka perlembagaan itu dan Ia adalah akibat pemerintahan tidak langsung oleh British dalam masa penjajahan dahulu dan wujudnya institusi-institusi sekular. Apakah kita masih terikat dengan kedudukan masa penjajah itu sedangkan kita sudah mencapai kemerdekaan? (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. "Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil .Kertas kerja yang dibentangkan dalam simposium "Pindaan Perlembagaan Malaysia: Implikasi Undang-undang. Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya)

Dalam satu kes yang dianggap kontroversi, Mahkamah Tinggi berhadapan dengan masalah interpretasi Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4) Perlembagaan Persekutuan (In re Susie Teoh [1986] 2 MU 228. Fasal (3) memperuntukkan,

Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran rnengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Sementara Perkara 12 fasal (4) menyebut, "Bagi maksud fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya .

Dalam kes ini seorang gadis bukan Islam yang berumur 17 tahun telah diislamkan oleh seorang kadi tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya. Bapanya telah membawa tuntutan ke mahkamah memohon satu pengisytiharan bahawa penganutan itu tidak sah kerana menurut undang-undang dan perlembagaan seorang bapa dan penjaga berhak menentukan agama, pelajaran dan asuhan anaknya. Mahkamah merujuk kepada Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mengatakan bahawa dalam Perkara 11 fasal (1) perkataan tiap-tiap orang' merujuk kepada bahawa kebebasan beragama terpakai kepada semua orang tanpa mengira umur asalkan orang tersebut sempurna akal dan berupaya membuat keputusan. Semasa memeluk Islam gadis itu berumur 17 tahun 8 bulan dan pada rnasa itu beliau berupaya membuat keputusan sendiri untuk melaksanakan haknya di bawah perlembagaan untuk bebas mengamalkan agama pilihan beliau.

Mahkamah juga merujuk Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4). Mahkamah menekankan kedua-dua fasal ini hendaklah dibaca bersama. Fasal (3) melarang seseorang diwajibkan menerima ajaran-ajaran, mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama lain. Sementara fasal (4) memperuntukkan bagi tujuan fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Mahkamah mengatakan bahawa daripada fakta kes dan keterangan yang diberi tiada apa yang menunjukkan bahawa gadis tersebut telah diwajibkan untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama selain agamanya sendiri. Perkara diwajibkan' mempunyai elemen paksaan tetapi dan keterangan langsung didapafi tiada wujud paksaan atau unsur-unsur sebegitu yang dikenakan terhadap gadis tersebut.

Pihak menuntut menegaskan dengan menghendaki anak gadisnya melafazkan dua kalimah syahadah ialah satu perbuatan diwajibkan' seperti yang dilarang oleh fasal (3) Perkara 12. Mahkamah mengatakan bahawa ia kehendak upacara tersebut tetapi bukan satu syarat untuk mengambil bahagian dalam upacara itu. Tambahan lagi tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa gadis tersebut dipaksa untuk memeluk Islam seperti yang dibuktikan dalam kenyataan bersumpah beliau yang mengatakan bahawa beliau memeluk Islam dengan rela hati tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Mahkamah Agong dalam keputusan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak penafsiran Mahkamah Tinggi tentang Perkara 12 fasal (3) dan (4). Mahkamah Agong menegaskan fasal (4) adalah nyata iaitu agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun mesti ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun kedudukan gadis itu tidak disentuh kerana beliau sekarang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan telahpun memeluk Islam dengan sukarela. Dan adalah tidak adil untuk memberi keputusan sebaliknya.

Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaluddin bin Othman ([1989] 1 MU 398) responden telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana dikatakan terlibat dalam satu rancangan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu. Beliau dikatakan terlibat dalam khemah-khemah kerja dan seminar untuk tujuan tersebut. Beliau dikatakan juga telah berjaya mengkristiankan' enam orang Melayu. Beliau memohon untuk dibebaskan atas alasan Perkara II memberi hak menganuti dan mengamalkan agamanya. Mahkamah memutuskan bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tidak mempunyai bidangkuasa memerintahkan penahanan responden di bawah ISA kerana Perkara II memastikan seseorang itu mempunyai kebebasan beragama. Rayuan telah dibuat ke Mahkaniah Agong. Mahkamah Agong menegaskan bahawa dengan hanya melibatkan diri dalam seininar dan khemah kerja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu satu ugutan kepada keselamatan negara dan ini di luar skop ISA. Akta Keselamatan Dalam Negeri diluluskan untuk menghalang serta menghapuskan elemen-elemen subversif dan perbuatan-perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan negara. Kes ini tidak termasuk dalam skop undang-undang itu, Mahkamah telah memerintahkan responden dibebaskan. Walau bagaimanapun HB Hasliim Yeop Sani menegaskan:

Kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing mestilah tidak dijadikan satu kebenaran untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang atau melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan atau mengancam keselamatan negara.

Mahkamah sepatutnya memberi penekanan yang lebih khusus kepada makna mengembangkan' agama lain di kalangan orang-orang Islam seperti yang dilarang oleh Perkara 11 fasal (4) terutama kepada interpretasi peruntukan-peruntukan Perkara 11 ini. Namun begitu oleh sebab isu utama ialah penahanan di bawah ISA, sama ada sah atau tidak maka persoalan yang boleh timbul di bawah Perkara 11 tidak menjadi begitu penting. Adalah diingatkan di sini bahawa jika kes ini berlaku di negeri-negeri lain yang mempunyai undang-undang khas melarang pengembangan dan penyebaran agama lain di kalangan orang-orang Islam, maka responden boleh dibicarakan kerana melanggar enakmen negeri.

Dalam satu keputusan yang agak baru iaitu Overseas Investment Pte. Ltd. lwn Anthony William 0’Brien Anor ([1988] 3 MLJ 332) kedudukan yang sewajarnya telah diberikan kepada prinsip Islam. Dalam kes ini O'Brien, yang telah memeluk agama Islam berhutang sejumlah besar wang dengan syarikat plaintif. Syarikat itu telah membuat permohonan untuk menuntut kembali jumlah wang itu dengan cara perintah tahan dan jual (writ of seizure and sale). Pihak berkuasa mahkamah telah merampas beberapa perabot rumah yang diduduki oleh O'Brien. Isteri O'Brien menuntut bahawa perabot-perabot tersebut adalah harta milik bersama semasa perkahwinan dan menuntut hak ke atas perabot-perabot itu. Isteri O'Brien telah berjaya mengemukakan beberapa resit pembelian dan akibatnya beberapa perabot telah dikembalikan. Beberapa perabot lain telah dijual dan isteri O'Brien telah merayu ke Mahkamah Tinggi memohon ganti rugi terhadap perabot-perabot yang telah dijual itu. Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa beliau berhak atas dasar harta sepencarian dan memutuskan doktrin harta sepencarian dalam undang-undang Islam terpakai.

Keputusan kes ini menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil hersedia menggunakan prinsip undang-undang Islam bila kes itu menghendakinya dan sekirarsya bersesuaian. Namun begitu apa yang nyata ialah mahkamah masih lagi terikat dengan pendapat hakim-hakim Inggeris sebelum merdeka yang menganggap bahawa Islam hanyalah dalam hal nikah, cerai, harta pesaka dan wakaf sahaja. Satu pendekatan yang berlainan sepatutnya diambil untuk memberi tempat yang sepatutnya kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

 

Pindaan kepada Perkara 5 dan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan

Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 memberi nafas baru khususnya kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan memperuntukkan, "Mahkamahmahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah .

Kesannya ialah apa jua yang di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan seperti dalam soal harta pesaka, penjagaan kanak-kanak (hadanah) dan sebagainya. Namun begitu jika dilihat dengan lebih mendalam bidangkuasa Mahkamah Syariah sangatlah terhad. Ia hanya mempunyai bidangkuasa ke atas orang yang beragama Islam dan clalam perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Syariah dengan itu tidak mempunyai bidangkuasa ke atas pihak-pihak yang bertikai yang salah seorangnya bukan Islam. Misalnya, dalam soal hadanah jika ibunya seorang bukan Islam dan bapanya seorang Islam, perkara ini masih boleh dibawa ke Mahkamah Sivil dan diputuskan di situ. Dalam Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Mahkamah Sivil diberi kuasa untuk membenarkan perceraian jika pihak pada perkahwinan tersebut yang dijalankan bukan secara Islam, telah memeluk agama Islam dan pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh membawa petisyen ke mahkamah (lihat Ahmad Ibrahim 1989. "The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution its effect of Adininistration of Islamic Law , [1989] 2 MU XVII.

Apa yang tidak diperuntukkan oleh pindaan tahun 1988 itu ialah kenaikan taraf Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa jenayah. Pada amnya Parlimen mempunyai bidangkuasa jenayah yang luas dibandingkan dengan Dewan Undangan Negeri kerana Dewan Undangan Negeri seperti yang dirujuk sebelum ini hanya berkuasa membuat undang-undang bagi menghukum kesalahan-kesalahan orang-orang Islam terhadap agama Islam kecuali apajua perkara yang telah diperuntukkan dalam senarai Persekutuan (Jadual Kesembilan Senarai I).

Dengan itu jika seorang lelaki dengan seorang perempuan ditangkap berkhalwat dan salah seorang daripadanya bukan Islam maka yang bukan Islam akan bebas danpada tuduhan.

Di bawah Akta Mahkamah-mahkamah Islam (Bidangkuasa Jenayah) 1965, pindaan 1984 bidangkuasa mahkamah hanya meliputi kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5000.00, rotan yang tidak melebihi 6 kali atau kombinasi mana-mana daripada hukuman tersebut. Bidangkuasa ini terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Majistret kelas pertama yang boleh menghukum sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga RM1O 000.00, rotan sehingga 12 kali atau mana-mana kombinasi hukuman di atas.

Pindaan kepada Perkara 5, memberi pengiktirafan yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah. Satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal (4) Perkana 5 untuk Mahkamah Syariah iaitu:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim Mahkamah Syariah.

Dengan pindaan ini seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang diberi kepadanya sekiranya beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika beliau ditahan untuk tujuan ini beliau hendaklah dibawa ke hadapan bakim Mahkamah Syariah dalam masa 24 jam dan masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin ditahan lebih lanjut lagi, kebenaran hakim Mahkamah Syariah hendaklah dipohon. Sekurang-kurangnya pindaan Perkara 5 menjadikan kuasa hakim Mahkamah Syariah setaraf dengan kuasa seorang Majistret.

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim;

Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini telah memberi kuasa yang lebih luas dan memberi lebih kebebasan kepada Mahkamah Syariah dan adalah diharapkan kuasa-kuasa ini dijalankan dengan sempurna dan berlandaskan ajaran-ajaran al-Quran:

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi melihat.

(Surah An Nisa’: 58)

Seterusnya Profesor Ahmad Ibrahim menyatakan;

Satu cara pendekatan lain kepada Perlembagaan Malaysia ialah dengan cara yang lebih positif iaitu dengan menerimanya dan mencuba sedaya upaya kita untuk mempertahankan prinsip-prinsip sebuah negara Islam. Penerimaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dapat dicapai melalui perundingan dan kompromi yang dicapai oleh semua kaum di Malaysia. Kita seharusnya menghormati perjanjian yang berdasarkan persefahaman dan persahabatan di antara pelbagai kaum. Pada masa yang sama kita mesti cuba untuk memikirkan dan melakukan perkara yang positif supaya menjadikan perlembagaan dengan cara tertentu dapat mempertahankan prinsip-prinsip kerajaan Islam dengan mengambil kira hak-hak kepentingan semua kaum di Malaysia. (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. " The Princples of an Islamic Constitution and the Constitution of Malaysia:A Comparative Analysis . dlm. IIU Law Journal l:2 hlm. 3

.