DAJJAL
Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang
nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani
lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa,
kira-kira satu abad sebelumnya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan
Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling
membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’
Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung Iembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka Iakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.
Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke
saluran kencing IeIaki penyembah berhala setiap kaIi dia
menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun turut mencampuirl isteri penyembah
berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia
dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang
ditakdirkan oleh Allah.
(Dalam
buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan
ketika ibunya sedang menstruasi, IaIu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh
perbuatan Syaitan)
Pada
malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan
lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar
yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia
memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi
jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta
tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki
itu dengan anak perempuan.
Apalagi,
kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil
menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka
menyembelih seekor Iembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan
sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk
masuk ke tempat itu sepanjang malam.
Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah
mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan
kemahuan Syaitan.
Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat
oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia,
sama seperti melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat
kandungan perempuan itu sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa
yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelakit
tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki.
Perempuan itu pun melahirkan anak Ielaki tetlapi anak
yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka
tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya
yang berbadan besar.
lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu
sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.
“Ayahnya
tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya
fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang
dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya
susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian.
Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.
Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk
diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia
lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai
jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga,
tidak ada sebarang perubahan.
Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah
berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha
untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua
sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu,
orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah
anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga
pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.
Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya
tidur, tetapi hati tetap terjaga.”
Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak
bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri
untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa
diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke
dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan.
Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua
mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam
dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung
Iembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila
ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan
tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristlwa
yang terjadi itu telapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi
pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu,
mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya
dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan
hanya boleh duduk sahaja.
Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap
tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke
rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak
lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkai dari budak itu.
Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk
menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah
anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya
memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi. Ayah
menceritakan
perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, laIu
ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia
dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali
hakim agung yang menguasai negeri tersebut.
Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku
dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan
selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertoIongan atau
mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia
pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana
dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim.
Berita
tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan
peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban
Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima
kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah
dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia.
Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun
untuk mengeIuarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke
pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk
mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan
itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.
Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun
menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura
sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang
betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari
kata Samirah) Dulu Ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin
Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika
Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang
kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu
adalah cucu dari Syam.” Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan
kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.
Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli
falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba
hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum.
Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran
as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab
lain.
Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati
kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal aImutakarrarah yang bermakna (tekanan
batin berlanjutan). Ayahnya mati
kerana watak anaknya itu sangat ganjil.
Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan
pemeliharaan hakim diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur Iima
tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba
berbual-bual dengan orangorang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya
tengagap-gagap dan terputus-putus.
Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit
buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit
atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat
itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.
Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang
nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu
datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai
orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba
tanpa diduga sama sekali.
Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk
memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada
penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil
(Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke
suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini
mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti
terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting
dalam memerangi Dajjal.
Anak
lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta
diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa,
iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali
menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri
itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan
Allah ke atas orang-orang kafir itu.
Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak
itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang
persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril,”Hai Jibril,
anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang
disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan
menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa
tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang
nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.
(Riwayat
ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar
bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip
mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya
yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang
alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota
moden. Segenap hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara
bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda dari dia,
iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah.
Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, die menjawab bahawa dia
tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam, tidak pernah meninggaikan
sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam.
Makanan yang paling banyak dimakannya iaiah madu, kurma, susu dan air putih.)
Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama
jazirah atstsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah
al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu
tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan
singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya
beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang
dapat bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan Ia
menguasai pulau itu. UIar itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah
yang mengarahkannya.
Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu
yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar
airnya serta dikelilingi pokokpokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu
juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis
bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti
kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan yang
hodoh.
lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu
turun hujan.
Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan
negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah
dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak
seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai
sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain.
Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang
Maha Kuasa.
Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril
siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia
tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t.
Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.
Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai
lapan tahun, kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya.
Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada
mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman
segar yang berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia
kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan
berfikir.
Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan
petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh
faham maksud seruan itu dengan jelas.
“Buatlah
seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril
kepada anak itu.
Anak kecil itu pun berjalanjalan mengelilingi
sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa
berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.
Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan
binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari
beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.
Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia
dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai
dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap
dengan bahasa yang dia boleh faham.
Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak
yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah
dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah
yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati
janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan
kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah
kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat
kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.”
Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat
kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan
dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun
mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk
mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis
kata-kata:
Batu
pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)
Batu
kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada
sekutu bagiNya)
Batu
ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah
kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”
Batu
keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”
Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Rja.”
Batu
Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah
engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”
Batu
Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu
oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir
zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang
beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar
kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan
Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada
Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan
yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu
untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah
wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di
tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak
ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang
subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan
menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena
sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh
dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat
cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat
Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan
engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk
terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu
masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak
ketika Allah tidak lagi menyayangi orang-orang yang terusir dari rahmat Nya.
Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanahtanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam.
Engkau
tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah
gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh
masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini
adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi)
dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin
dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’
Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh
yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di
situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti
dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu
tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al
Isra 17:15)
lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah
tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun.
Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira
sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak
sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.
Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu
dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa
depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang
jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa
dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia
akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan
kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah
makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang
engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya
menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja.
Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang
tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui
kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.
Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar
itu.
“Kalau
begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini?
Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu
bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang
yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di
sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung
dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan
subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika
Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu
sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan
keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia
diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam
membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak
akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau
tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.
Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang
kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu
lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah
bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikata
Jibril itu.
Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan
kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus
memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya
kepada anak itu.