Make your own free website on Tripod.com

 

 AL-MAS’UDI

 

Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin Ali al­Mas’udi atau Abu Hassan ‘Ali bin al-Hasyn bin ‘Abdullah al-Mas’udi. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq menjelang akhir abad ke-9M. Menurut buku ber­judul Al-Mas’udi and His World, al-Mas’udi dilahirkan pada tahun 283H/1895M di kota Baghdad iaitu berdasarkan pernyataan bahawa beliau perusia 20 tahun dalam tahun 303H/1915M. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Fustat (Mesir) pada tahun 345H/1956M. Pernyataan ini sama dengan pernyataan dalam al-Dhahabi dan surat tulisan al-Musabihi yang menyatakan al-Mas’udi meninggal dunia dalam bulan Jamadilakhir 345H (sekitar 10 Sept.—10 Okt. 956M). Beliau berketurunan Arab iaitu keturunan ‘Abdullah bin Mas’udi seorang sahabat Nabi Muhammad (saw) yang dihormati.

Al-Mas’udi mendapat pendidikan secara langsung daripada orang tuanya. Setelah dewasa, rancangan pertama yang dicadangkan ialah beralih kepada bidang sejarah dan adat istiadat dan cara hidup setiap negeri. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi. Atas dasar ingin menjalankan penyelidikan menyebabkan beliau menceburi bidang pelayaran ke seluruh pelusuk dunia.

 

Faktor-faktor yang Menggalakkan al-Mas’udi Belayar dan Menyelidik

Hubungan antara ilmu geografi dan pelayaran dalam masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan. Belayar merupakan tugas asas mereka terutama menguruskan perdagangan. Manakala ilmu geografi adalah kemahiran yang perlu dimiliki dalam menjalani kehidupan, dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan tradisi hidup mereka. Oleh itu satu daripada tujuan berdagang, para ilmuan Arab mengambil kesempatan membuat penyelidikan bagi me­mudahkan urusan harian mereka di samping untuk kegunaan generasi seterusnya. Berikut beberapa faktor yang menggalakkan pelayaran dan penyelidikan geografi mereka.

 Faktor persekitaran, kawasan tanah Arab yang diliputi padang pasir yang luas menyebabkan mereka terpaksa menjalankan perjalanan atau pengem­baraan pada waktu malam bagi mengelak bahang kepanasan. Oleh itu mereka perlu menguasai ilmu astronomi, ilmu mengesan air, ilmu mengesan cuaca, ilmu mengesan kedudukan dan sebagainya bagi tujuan memudahkan perjalanan dan keselamatan. Demikian juga Semenanjung Tanah Arab yang terletak di antara jalan perdagangan yang utama antara timur dan barat. Oleh itu mereka perlu memiliki kemahiran belayar di lautan.

Faktor budaya, faktor pekerjaan (perdagangan), adat istiadat seperti ibadat haji yang memerlukan pengetahuan tentang kaji bintang bagi tujuan mengetahui arah. Demikian pula keperluan untuk hidup di padang pasir yang memerlukan kemahiran mengesan air, mengetahum kedudukan laut, tumbuh­an dan haiwan bagi tujuan pergerakan (arah dan kedudukan).

 Faktor nilai dan sikap, semasa zaman peradaban Yunani kuno aktiviti pelayaran dan geografi berada di tahap yang rendah. Akan tetapi setelah Islam bertapak kedua-dua bidang ini meningkat maju semula. Islam menggalakkan umatnya menjalankan penyelidikan bagi tujuan keharmonian antara iman dan akal. Malah Al-Quran adalah sebagai sumber inspirasi kerana ayat-ayat dalamnya banyak menyentuh tentang ilmu pelayaran dan juga ilmu geografi.

 

Ringkasan Pelayaran (Pengembaraan) dan Penyelidikan Geografi oleh AI-Mas’udi

 Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi mula belayar (merantau) ialah antara tahun 914—915M iaitu semasa pergi ke negeri Parsi. Di Parsi, beliau tinggal selama lebih kurang setahun di Istakhar iaitu pada tahun 305H/915M. Dan Baghdad beliau pergi ke India (916M) dan mengunjungi kota Multan dan kota al-Mansurah (Mansura). Kemudian beliau kembali ke Parsi setelah mengunjungi Kusman.

 Mansura pada zaman al-Mas’udi adalah kota yang paling maju di India Barat dan menjadi ibu kota negeri bahagian Sind dalam karyanya Muruj al­Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir, beliau menceritakan bahawa kota tersebut terletak di tebing Sungai Indus (berhampiran Hyderabad Slang). Nama kota itu diambil sempena nama Mansur bin Jumhur (gabenor kerajaan Bani Umayyah di Sind). Ia dihuni oleh sejumlah penduduk golongan sayid (ketua kabilah). Sebelum pertapakan Islam, beberapa wilayah di sekitar lembah Sungai Indus dikuasai oleh raja-raja Hindu. Walau bagaimanapun, setelah berlaku dakwah oleh pendakwah-pendakwah Islam, raja-raja Hindu tersebut telah terpe­ngaruh dengan ajaran Islam dan menganggap orang Islam sebagai lambang keamanan dan kehidupan yang baik.

 Di India al-Mas’udi turut melakukan penyelidikan mengenai flora dan fauna. Kajian dibuat di tepi laut berhampiran dengan Combay. Antara bahan­-bahan penyelidikan beliau ialah gajah, burung merak, burung kakaktua, buah oren, kelapa dan lain-lain.

Kemudian al-Mas’udi bersama-sama dengan pelayar lain meneruskan pelayaran melalui Bombay, Deccan dan Sri Lanka serta belayar ke Indo-China dan negeri China. Dalam perjalanan pulang beliau singgah di Madagascar, Zanzibar, Oman dan sampai di Basrah. Di Basrah beliau menetap untuk beberapa waktu dan menulis karya besarnya yang bertajuk Muruj al-Dhahab. Buku mi menceritakan tentang pengalaman peribadi beliau di pelbagai negara. Dalam buku ini beliau menyebutkan beberapa buah tempat termasuk Semenanjung Tanah Melayu termasuk Kedah, Pahang dan Melaka. Ada mungkinan beliau sampai ke rantau ini sewaktu dalam pelayaran ke Lautan China. Buku ini telah diterbitkan di Paris (1861—1877) dan Kaherah (1303 H) sebanyak 9 jilid. Ia merupakan karya al-Mas’udi yang terbesar telah ditemui dan wujud hingga ke hari ini. Ia boleh dianggap sebuah ensiklopedia kerana perbincangannya bermula daripada kejadian manusia hingga ke zamannya.

 Beliau juga mengunjungi Pantai Laut Kaspia dan berkelana menyusuni Asia Tengah dan Turkistan. Beliau juga mengunjungi Tibenias, dan sini beliau memperoleh kesan relief-relief gereja Kristian. Kemudian beliau pergi ke Gujerat (303H) dan menemui Chamur, pelabuhan Gujerat dengan penghuni 10 ribu orang Arab dan selebihnya berketurunan mereka. Di sini beliau mendapat keterangan-keterangan daripada orang Yahudi, Parsi, India dan biskop-biskop Kristian. Setelah meninggalkan Basnah dan Syria beliau kembali ke Fustat (Khairo Kuno). Di sini beliau menyusun karya beliau yang kedua bertajuk Akhbar al-Zaman (cerita-cerita sejarah) yang mengandungi 30 jilid. Dua puluh jilid daripadanya ada tersimpan di perpustakaan Aya Sofia (Istanbul), tetapi setakat ini hanya satu jilid sahaja dijumpai di Aleppo dan dibawa ke Vienna. Walau bagaimanapun, kandungan kitab ini, yang banyak menyentuh sejarah dan geografi dunia, telah digariskan dalam kitab Muruj al-Dhahab. Dalam buku ini beliau menggabungkan ilmu geografi dengan sejarah dan mencerita­kan kehidupan masyarakat di negara-negara yang pernah dilawatinya.

 Setelah mengembara begitu lama ke Timur beliau meluangkan masa me­netap di Basrah tempat beliau mencatatkan pengalamannya dalam Muruj al­Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir. Buku ini selesai ditulis pada tahun 947M dan pada tahun 956M diselesaikan pula edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid yang diterbitkan di Paris (1861—1877).

Dari Basrah beliau kemudian berpindah ke Fustat tempat beliau menulis kitab Akhbar al-Zaman yang lebih terkenal sebagai Annal (catatan sejarah) yang mengandungi 30 jilid mengenai sejarah umum. Karya ini selesai pada tahun 956M. Karya beliau yang terakhir ditulis pada tahun kematiannya (956M di Fustat) ialah Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Dalam kitab ini beliau membuat penambahan dan melengkapkan karya-karya yang terdahulu.

Berdasarkan perjalanan pelayaran, al-Mas’udi banyak membuat penyelidikan dan juga membuat penulisan mengenai pengalamannya dalam pelbagai ilmu.

 

Sumbangan AI-Mas’udi dalam IImu Geografi

 Sebagaimana ahli pelayaran dan ilmuan Arab lain, al-Mas’udi turut menyumbang dalam memajukan ilmu geografi. Sumbangan beliau bukan sahaja terbatas dalam satu bidang, tetapi dalam banyak bidang termasuk astronomi, sejarah, geografi sama ada geografi manusia mahupun geografi fizikal. Me­nurut G. Sarton, kitab Muruj al-Dhahab disusun khas untuk membicarakan aspek geografi, malah ia dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Pada masa yang sama beliau cuba menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikan kajiannya lebih menarik. Dalam kajian yang berbentuk gabungan antara disiplin ini, al-Mas’udi telah memberikan beberapa gam­baran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Beliau juga pertama kalinya menyebut tentang kincir air di Sijistan yang mungkin merupakan penemuan baru orang Islam.

 Sumbangan lain ialah pendapat beliau yang menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu satu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Misalnya, al-Mas’udi berpendapat bahawa iklim pertama dipe­ngaruhi oleh Venus (Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal (Jupiter) dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan. Lantas Matahari dan Bulan dikatakan menentukan nasib atau jalan hidup orang dari utara dan menyebabkan me­reka berbakat tinggi dalam peperangan. Sebaliknya manusia di selatan pula mempunyai sifat lebih tafakur. Terdapat pula pembahagian dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian barat bagi kawasan garis lintang tinggi dan bahagian timur garis lintang pertengahan. Oleh itu penduduk di kawasan garis lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur.

 Al-Mas’udi juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor ‘Di Bumi Nyata’ dengan sikap dan penghidupan manusia. Misalnya, beliau walaupun memberi ruang kepada faktor-faktor kosmologi, juga cuba memberi penerang­an bagi persoalan yang sama dan faktor-faktor seperti banyaknya air yang terdapat di sesuatu kawasan, tumbuh-tumbuhan semulajadi dan topografi. Ini dapat dilihat dalam percubaan beliau memahami perwatakan dan gaya hidup puak Arab Badwi. Dikatakan bahawa sifat-sifat ketegasan, kearifan dan ke­cergasan tubuh badan mereka adalah berkaitan dengan kualiti alam sekitarnya yang asli. Menurut beliau lagi, pengaruh iklim juga penting. Misalnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak serupa dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki sendiri.

 Dalam geografi kawasan pula, melalui karya-karyanya beliau cuba me­nerangkan secara terperinci mengenai India iaitu kawasan-kawasan Makran, Sind dan Pantai Barat benua kecil ini setanding dengan apa yang telah dihasilkan oleh ahli geografi seperti Ibn Khurdazbih, Istakhri dan Maqdisi. Beliau juga telah membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya. Malah beliau pernah mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampinan tepi Laut Combay. Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakaktua, burung merak, buah oren, kelapa dan lain-lain.

 

Sumbangan Pelayaran 

Hasil daripada pengamatan dan penyelidikan beliau semasa pelayaran menyebabkan beliau mempunyai kemahiran dan pengalaman penting yang seterusnya menyumbang kepada pengetahuan tentang pelayaran. Beliau telah membuat cacatan tentang peristiwa pelayaran beliau dan membuat catatan yang amat berguna terhadap sumbangan beliau dalam ilmu pelayaran. Berikut adalah antara sumbangan beliau yang penting terhadap ilmu pelayaran.

Al-Mas’udi telah dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa membuat pelayaran. Beliau memberi gambaran yang jelas tentang laluan dan Teluk Parsi ke Laut China. Sungai yang pertama disebut ialah Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah. Di pantai Larwi terletak bandar­bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan iaitu Cemur, Subarh, Thana dan Khambayat. Lautan Hargind, kemudian Kalah, Laut Sruff (Sungai Campa) dan Laut China yang mereka namai Tinji (Cinji). Pendek kata secara terpenincinya sungai yang pentama disebut adalah Laut Parsi, Larwi adalah Laut Semenanjung Arab, Herkin adalah Laut Hindi, Kalah kemungkinan Teluk Benggala atau Kedah.

 Beliau juga menerangkan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat atau pedagang di India iaitu setelah beliau sampai pada 303H. Menurut beliau terdapat 10 ribu orang Arab dan keturunan campuran mereka di Cemur iaitu pelahuhan Gujerat. Mereka juga menetap di Khamhayat. Mereka membawa susu, nila dan Bahroach dan menjuah tilam di Madsar, Mesar.

Dalam bukunya, Muruj al-Dhahab al-Mas’udi menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika. Mereka bergerak ke Laut Merah, kemudian ke Habsyah di Afrika. Seterusnya melawat Safala (Mozambique) dan Zeila’ di Habsyah. Dan Zeila’ mereka datang ke Hijaz dan Yaman.

 Al-Mas’udi juga dapat mengatasi belenggu pemikiran sesetengah pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Beliau menjelaskan bahawa semua laut merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung. Beliau me­nyatakan bahawa Laut Hindi, Laut China, Laut Parsi, Laut Rom dan Laut Syria adalah tidak berasingan.

 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya juga, al-Mas’udi telah mem­beri penjelasan bahawa setiap laut mempunyai pelaut dan pakar yang ber­lainan. Berdasarkan pengetahuan secara peribadi beliau menjelaskan tentang pakar Laut Mediterranean iaitu:

 ‘Saya menyaksikan pelaut yang berperang dan berdagang di Laut Mediterranean...Saya juga menemui beberapa gerombolan dan pegawai termasuk askar dan ahli peIayaran seperti Abul-Hamitu, Lawi, hamba abdi bagi pemerintah Tripoli, Syria di pantai Damsyik....’

 Secara ningkasnya, beliau cuba menyatakan bahawa para pelaut terdiri daripada pelbagai peringkat dan jenis.

Al-Mas’udi juga mengemukakan pendapat yang seterusnya mengatasi kekeliruan pelaut yang berbangsa Arab yang mengetahui dua haluan untuk pelayaran dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui Atlantik dan dan Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan Laut Mediterranean. Hasil daripada soal selidiknya iaitu bertanya kepada sebilangan pelaut beliau men­dapati bahawa Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam.

 Manakala dalam karyanya, Muruj al-Dhahab beliau ada menerangkan ke­adaan muka bumi dan jarak dari benua Eropah hingga ke negeri China. Petikan berkenaan berbunyi.

 ‘Dunia menganggap mulai dari Laut Barat mempunyai enam pulau yang subur dan terbentang jauh hingga ke negeri China ... Mereka tahu bahawa di kawasan yang panjangnya dua belas jam iaitu jika matahari terbit di hujung negeri China (Timur). Jaraknya berjumlah 13 ribu batu geografi’

 Pada pandangan beliau jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi. Dalam karya tersebut, beliau menceritakan berkenaan lima remaja yang sombong yang telah menyeberang Laut Gelap. Seba­hagian mereka selamat dan sebahagian lagi binasa. Cerita ini menggambarkan bahawa umat Islam telah sampai ke Amerika beberapa abad sebelum Colombus.

 

Kesimpulan

Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyum­bang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.