Make your own free website on Tripod.com

SYURA

      Ramai orang menganggap Syura dan Demokrasi adalah dua perkara yang sama. Rasionalnya, kerana Syura menerima pakai konsep majoriti sama seperti demokrasi.

PERBEZAAN SYURA DGN DEMOKRASI

     Walaupun Syura menerima pakai konsep majoriti tetapi majoriti yang dimaksudkan ialah majoriti ahli Syura yang bertaqwa dan istiqamah dengan Islam seperti penggunaan majoriti perlantikan para khulafa' ar-Rasyidin sedangkan demokrasi menerima majoriti dalam apa keadaan sekalipun.

     Syura adalah salah satu daripada ketentuan syarak. Ianya muncul bersama munculnya keimanan dan ketakwaan (Islam),  di tempat yang suci (Makkah) dan datang dari tempat yang mulai (ALLAH SWT) sedangakn Demokrasi  muncul dari tempat yang jelik (orang kafir),  muncul bersama munculnya jenayah dan kekejaman.

      Syura membangkitkan perasaan tanggungjawab, melahirkan sifat-sifat yang mulia spt taqwa, jujur, ikhlas, amanah kesungguhan dalam pekerjaan dan segala peraturan @ undang-undang bertunjangkan kepada al-Hakimiyyah al-Uluhiyyah sementara demokrasi membangkitkan aneka macam sifat terkeji spt korupsi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penipuan, diktator dan aneka ragam jenayah.