ROM PASTI MENANG

Salah satu daripada perkara yang disebutkan dalam al-Quran ialah kemenangan kepada tentera Rom (Empayar Byzantine).

Firman Allah SWT ;

ďAlif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.

Ayat di atas telah diturunkan sekitar tahun 620M iaitu lebih kurang 7 tahun setelah kalahnya Empayar Rom yang beragama Kristian ditangan tentera Parsi yang menyembah api. Pada tahun 627M (7 tahun kemudian), satu keajaiban telah berlaku.  Sesungguhnya peristiwa berlakunya pertempuran dahsyat di antara tentera Rom dan Parsi di mana Rom  telah mencapai kemenangan adalah satu bukti nyata bahawa janji Allah dalam Al-Quran ini telah terbukti kebenarannya.

Salah satu lagi keajaiban yang berlaku ialah tentang fakta geografi yang belum diketahui ketika itu.....

Ayat ke 3, Surah Ar-Ruum menerangkan bahawa tentera Rom akan mencapai kemenangan di lembah yang paling rendah di dunia. Walaupun perkataan 'Adna Ardh' diterjemahkan oleh majoriti ahli tafsir sebagai kawasan yang hampir dengan Tanah Arab, tetapi ada pendapat daripada cendikawan Islam moden yang menafsirkannya sebagai lembah yang paling rendah. Menurut mereka, perkataan 'adna'  berasal daripada perkataan 'deni' yang bermaksud rendah dan 'ardh' bermaksud tanah/lembah. Jadi bermakna 'Adna Ardh' ialah lembah yang paling rendah di muka bumi.

Ironiknya, pertempuran Rom-Parsi telah benar-benar berlaku di lembah yang paling rendah di muka bumi ini iaitu sekitar kawasan Laut Mati (Syria, Palestin dan Jordan). Laut Mati adalah 395 meter dari paras laut dan merupakan lembah yang paling rendah di muka bumi.

Ini membuktikan bahawa Rom telah mencapai kemenangan di kawasan  yang paling rendah di muka bumi sebagaimama yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Ruum di atas.

 

 

Make your own free website on Tripod.com