Make your own free website on Tripod.com
 
                IBNU SINA

 

BIODATA

Nama         :  Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina
Gelaran      :  AVICENNA
Keturunan  :  Turki
T/Lahir       :  370H/980M di Turki.
M/Dunia     :  438H /1037M
Umur          :  58 tahun

 

KETOKOHAN

- Ahli Falsafah Islam
- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau telah menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.
- Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana.
- Pakar dalam bidang Anatomi.

 
PENDIDIKAN

- mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada keluarganya.
- Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi.
- Hafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun
- Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya.
- Menghasilkan ‘mutiara’ dalam bidang perubatan iaitu QANUN FI AT-TIB ketika berusia 18 tahun.
 

SUMBANGAN

- Beliau meninggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan, falsafah, mantiq, fizik dsb.
- Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi
  hinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris .
- Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor.
- Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur ialah :

                        a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabie
                        b) Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan.