AL-QURAN AL-KARIM

 

ALHAMDULILLAH, kita satu-satunya umat yang paling bertuah sekali kerana kita dapat memiliki WAHYU ALLAH yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuk yang asli, bebas dari kekotoran campurtangan manusia.

ALLAH menurunkan kitabNya (AL-QURAN) kepada kita hingga apabila kita membacanya kita dapat mengenalNya dan tahu cara untuk menjadi hamba yang patuh.

APAKAH kita pernah untuk mengetahui apa yang tertulis di dalam kitab itu ?

ALLAH telah menunjukkan jalan untuk memperolehi kehormatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat, APAKAH kita sudah menuruti jalan tersebut ? ALLAH telah memberitahu kita perbuatan-perbuatan yang boleh merendahkan kedudukan manusia di dunia dan akhirat nanti, APAKAH perbuatan tersebut telah kita hindari ?

AL-QURAN diturunkan agar mereka dapat membacanya, memahami isi kandungannya dan mencorakkan etika kehidupan menurut petunjuknya. Dengan KITAB ini (AL-QURAN) mereka dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini bagi menegakkan hukum ALLAH.

AL-QURAN datang untuk memberikan mereka kebesaran dan kekuasaan.

AL-QURAN datang untuk menjadikan mereka WAKIL ALLAH YANG SEJATI di muka bumi ini.

Sejarah telah membuktikan apabila umat ISLAM akur menurut pertunjuk yang yang terkandung dalam kitab ini, maka kitab ini (AL-QURAN) akan memperlihatkan KEMAMPUAN YANG MENAKJUBKAN untuk menjadikan mereka IMAM dan PEMIMPIN DUNIA……...

 

Biodata Ringkas Al-Quran

 

Tarikh Diturunkan    : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)
Tempoh Penurunan : 23 tahun
                                12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah>
                                  9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah

Ayat Terawal       : Surah Al-'Alaq ayat 1-5 di Gua Hira'
Ayat Terakhir       : Khilaf dikalangan ulama' ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..

Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat   surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281  Surah Al-Baqarah     yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah".

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3  Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan keawjipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah  Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas mennunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan.

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab
Jumlah Ayat          : ???  ( sekitar 5,XXX ayat, bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)
Bilangan Juzuk      : 30
Jumlah Surah        : 114
Ayat Makkiah        : 86 (Sila Index Al-Quran)
Ayat Madaniah      : 28 (Sila lihat Index Al-Quran)

 

Hukum-Hakam Al-Quran

    a) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan Hari Qiamat

    b) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitu persoalan Akhlak dan Tasauf

    c) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu :                           

Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaitu Ibadah spt solat dan puasa

Kedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individu lain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain (negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ;

a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadai dsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat)

b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yang dikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat)

c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai Kanun Al-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat)

d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hak dan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagai Fiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat)

e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipan pemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi (lebih kurang 10 ayat)

f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al-Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)

 

 

Ciri-Ciri Ayat Makkiah

1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah

2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.

3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al-Hajj

4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-Baqarah

5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah

6. Setiap surah yang dimulakan dengan  huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran

7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester

8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas  hukum syara' dan akhlak serta jenayah

 

Ciri-Ciri Ayat Madaniah

1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud

2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut

3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab

4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan, mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.

5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan kepada Islam

6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya mereka kepada umat Islam

 

Index Al-Quran

Nombor Surah

Nama  Surah

Jumlah Ayat

Tertib Nuzul

Jenis Ayat

1.

Al-Fatihah

7

5

Makkiyah

2.

Al-Baqarah

286

87

Madaniah

3.

Ali Imran

200

89

Madaniah

4.

An-Nisa'

176

92

Madaniah

5.

Al-Maidah

120

112

Madaniah

6.

Al-An'am

165

55

Makkiyah

7.

Al-A'raf

200

39

Makkiyah

8.

Al-Anfal

75

88

Madaniah

9.

At-Taubah

129

113

Madaniah

10.

Yunus

109

10

Makkiyah

11.

Hud

123

52

Makkiyah

12.

Yusuf

111

53

Makkiyah

13.

Al-Ra'd

43

96

Makkiyah

14.

Ibrahim

52

72

Makkiyah

15.

Al-Hijr

99

54

Makkiyah

16.

Al-Nahl

128

70

Makkiyah

17.

Al-Isra'

111

50

Makkiyah

18.

Al-Kahfi

110

69

Makkiyah

19.

Maryam 98

44

Makkiyah

20.

Thoha

135

45

Makkiyah

21.

Al-Anbiya'

112

73

Makkiyah

22.

Al-Hajj

78

103

Madaniah

23.

Al-Mu'minun

118

74

Makkiyah

24.

An-Nuur

64

102

Madaniah

25.

Al-Furqan

77

42

Makkiyah

26.

Asy-Syu'ara'

227

47

Makkiyah

27.

Al-Naml

93

48

Makkiyah

28.

Al-Qashash

88

49

Makkiyah

29.

Al-'Ankabut

69

85

Makkiyah

30.

Ar-Ruum

60

84

Makkiyah

31.

Luqman

34

57

Makkiyah

32.

As-Sajadah

30

75

Makkiyah

33.

Al-Ahzab

73

90

Madaniah

34.

Saba'

54

58

Makkiyah

35.

Fathir

45

43

Makkiyah

36.

Yaasin

83

41

Makkiyah

37.

As-Shaffat

182

56

Makkiyah

38.

Shad

88

38

Makkiyah

39.

Az-Zumar

75

59

Madaniah

40.

Ghafir

85

60

Makkiyah

41.

Fushilat

54

61

Makkiyah

42.

Asy-Syura

53

62

Makkiyah

43.

Az-Zukhruf

89

63

Makkiyah

44.

Ad-Dhuhan

59

64

Makkiyah

45.

Al-Jaathiah

37

65

Makkiyah

46.

Al-Ahqaf

35

66

Makkiyah

47.

Muhammad

38

95

Madaniah

48.

Al-Fathu

29

111

Madaniah

49.

Al-Hujarat

18

106

Madaniah

50.

Qaf

45

34

Makkiyah

51.

Az-Zariyat

60

67

Makkiyah

52.

At-Thur

49

76

Makkiyah

53.

An-Najm

62

23

Makkiyah

54.

Al-Qamar

55

37

Makkiyah

55.

Ar-Rahman

78

97

Madaniah

56.

Al-Waqiah

96

46

Makkiyah

57.

Al-Hadid

29

94

Madaniah

58.

Al-Mujadalah

22

105

Madaniah

59.

al-Hasyr

24

101

Madaniah

60.

Al-Mumtahinah

13

91

Madaniah

61.

As-Shaf

14

109

Madaniah

62.

Al-Jumuah

11

110

Madaniah

63.

Al-Munafiqun

11

104

Madaniah

64.

At-Thaghabun

18

108

Madaniah

65.

At-Thalaq

12

99

Madaniah

66.

At-Tahrim

12

107

Madaniah

67.

Al-Mulk

52

77

Makkiyah

68.

Al-Qalam

30

2

Makkiyah

69.

Al-Haqqah

52

78

Makkiyah

70.

Al-Ma'arij

44

79

Makkiyah

71.

Nuh

28

71

Makkiyah

72.

Al-Jin

28

40

Makkiyah

73.

Al-Muzammil

20

3

Makkiyah

74.

Al-Mudathir

56

4

Makkiyah

75.

Al-Qiamah

40

31

Makkiyah

76.

Al-Insan

31

98

Madaniah

77.

Al-Mursalat

50

33

Makkiyah

78.

An-Naba'

40

80

Makkiyah

79.

An-Naaziat

46

81

Makkiyah

80.

'Abasa

42

24

Makkiyah

81.

At-Takwir

29

7

Makkiyah

82.

Al-Infithar

19

82

Makkiyah

83.

Al-Mutaffifin

36

86

Makkiyah

84.

Al-Insyiqaq

25

83

Makkiyah

85.

Al-Buruj

22

27

Makkiyah

86.

At-Tariq

17

36

Makkiyah

87.

Al-A'la

19

8

Makkiyah

88.

Al-Ghasyiah

26

68

Makkiyah

89.

Al-Fajr

30

10

Makkiyah

90.

Al-Balad

20

35

Makkiyah

91.

Asy-Syams

15

26

Makkiyah

92.

Al-Lail

21

9

Makkiyah

93.

Ad-Dhuha

11

11

Makkiyah

94.

Asy-Syarh

8

12

Makkiyah

95.

At-Tin

8

28

Makkiyah

96.

Al-'Alaq

19

1

Makkiyah

97.

Al-Qadr

5

25

Makkiyah

98.

Al-Baiyinah

8

100

Madaniah

99.

Al-Zalzalah

8

93

Madaniah

100.

Al-'Adiyat

11

14

Makkiyah

101.

Al-Qaari'ah

11

30

Makkiyah

102.

At-Takastur

8

16

Makkiyah

103.

Al-'Asr

3

13

Makkiyah

104.

Al-Humazah

9

32

Makkiyah

105.

Al-Fil

5

19

Makkiyah

106.

Quraisy

4

29

Makkiyah

107.

Al-Ma'un

7

17

Makkiyah

108.

Al-Kauthar

3

15

Makkiyah

109.

Al-Kafirun

6

18

Makkiyah

110.

An-Nasr

3

114

Madaniah

111.

Al-Masad

5

6

Makkiyah

112.

Al-Ikhlas

4

22

Makkiyah

113.

Al-Falaq

5

20

Makkiyah

114.

An-Nas

6

21

Makkiyah